Skip to main content

PERKAHWINAN SIVIL

Perkahwinan sivil adalah perkahwinan mengikut undang-undang negara. Perkahwinan sedemikian tidak diakui oleh Islam. Hukumnya batil dan haram. Segala perhubungan antara kedua-dua lelaki dan perempuan adalah zina, anak-anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan ini adalah anak zina. Jika seseorang itu mengetahui hukum perkahwinan sivil ini dan masih mahu meneruskan rancangannya untuk berkahwin secara sivil dengan anggapan bahawa perkahwinannya itu adalah halal, atau seseorang itu mengatakan perkahwinan itu halal, maka dengan demikian ia terkeluar dari Islam. Ini ialah kerana sesiapa yang menghalalkan yang haram adalah terkeluar dari Islam.

Jika seseorang itu berkahwin secara sivil dan tetap menganggap perkahwinan itu haram sesungguhnya ia berdosa besar kerana mengerjakan perbuatan zina tetapi ia tidaklah dianggap terkeluar dari agama Islam. Menurut pandangan ahli sunnah wal jamaah, yang melakukan dosa besar belum lagi menjadi kafir, ia dihukumkan sebagai fasik kerana melakukan dosa besar dan dikhuatiri mati dalam keadaan suul khatimah (kesudahan yang buruk).

“Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan.” Ini merupakan kata-kata seseorang yang melangsungkan perkahwinan sejenis di UK secara perkahwinan sivil.

Comments

Popular posts from this blog

Hubungan baik sesama manusia...

Hubungan Baik antara Sesama Manusia Di samping perhubungan manusia dengan Allah, Islam menitikberatkan juga perhubungan antara manusia dengan manusia. Allah s.w.t berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112). Apabila disebut, perhubungan baik dengan manusia, maka skop perhungan itu bukan di kalangan manusia semata, tetapi meliputi alam_makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa_yang ternyata merupakan komponan atau mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan manusia. Sudah menjadi kenyataan, apabila tidak ada perhubungan baik antara manusia dengan alam, misalnya sekelompok manusia melakukan kerosakan di mana-mana di atas muka bumi ini, maka berlakukah gejala alam yang bukan saja mejejaskan kehidupan kelompok manusia itu sendiri malah kelompok-kelompok manusia yang lain. Pemeliharaan alam ini jelas