Kekal.

Tiada yang kekal melainkan Allah SWT.

Salam

Tuesday, January 5, 2010

Jangan Terpedaya Dengan Amal


HANYA DENGAN SETITIS AIR MATA kerana takutkan Allah swt.,Allah swt boleh berkenan mengampunkan dosa-dosa kita.Begitulah Maha luasnya Rahmat Allah pada kita.Namun ketahuilah ,tidak semudah itu Allah swt mengurniakan rahmatNya.Sebagai seorang hamba yang serba dhaif dan sentiasa melakukan kesilapan,perlulah selalu bimbang dengan nasib diri yang ditentukan kelak.

Bukan soal takdir,bukan juga soal tidak redha..tetapi kebimbangan inilah yang sebenarnya menjemput keikhlasan dalam jiwa.Kita berusaha dengan beramal dan beribadah seikhlasnya kepada Allah swt.Kebimbangan jua lah yang akan melahirkan ketenangan.Bimbangnya kita andai tidak diampunkan Allah swt itulah yang mengajak diri memperbanyakkan ibadah.

Ada suatu kisah yang berlaku pada salah seorang anak murid Imam Ghazali selepas kematiannya.Suatu ketika pernah anak muridnya bermimpi berjumpa dengan tuan gurunya itu.Lantas dia bertanya : "Wahai tuan guru,bagaimana Allah swt memperlakukan terhadapmu?"

Jawabnya : "Aku telah diselamatkan kerana belas ihsan Allah swt terhadapku.Suatu masa pernah aku membiarkan seekor lalat menghisap dakwat dari penaku.Aku membiarkannya sehinggalah ia puas dan terbang dari situ.Aduhai,itulah kiranya Allah swt melimpahkan rahmatNya ke atasku."


Begitulah ibadah yang banyak belum tentu dapat menjamin keselamatan kita di akhirat kelak.Bukan itu yang jadi nilaian Allah swt tetapi keikhlasan hati melakukannya.Sebab itu,kita tak boleh terasa selamat sekiranya kita dah banyak sembahyang,banyak puasa dan lainnya andai tiada keikhlasan.Kerana Azazil(Iblis) yang sudah beribadah selama 200 000 tahun akhirat pun akhirnya menjadi makhluk yang ingkar.

Sebagai seorang hamba yang tidak akan lari dari dosa,tanamkanlah dalam diri takut dengan kekuasaan Allah dan kemurkaan Allah.Kalaupun berbuat dosa,segeralah bertaubat dengan taubat nasuha.Itu lebih baik daripada orang yang tidak melakukan dosa tetapi sombong dengan Allah swt.Sombong disini bukanlah bermaksud tidak mengerjakan ibadahnya..tetapi merasa aman dari azab Allah.

Lihatlah keazaman Nabi Daud yang meratap tangis selama empat puluh hari lamanya dengan bersujud tanpa mengangkat kepalanya.Sehinggakan rumput yang tumbuh mengeluarkan air matanya.Mana mungkin kita sanggup melakukan sedemikian..untuk sujud sejam pun tak betah.Allah swt menurunkan taubat dan ampunan kepada Nabi Daud as.Lalu ia berkata : "Wahai Tuhan! Jadikan kesalahanku dalam tapak tanganku!".Tidak lama kemudian tertulislah kesalahan itu di telapak tangannya dan tiap kali beliau terlihat kesalahan itu akan sentiasa menangis hinggalah tidak sanggup membuka tapak tangannya.

Ditanya pula kepada Ibnu Abbas ra tentang orang-orang yang takut.Beliau menjawab "Hati mereka disebabkan takut itu luka dan mata mereka menangis.Mereka mengatakan 'Bagaimana kami boleh bergembira sedangkan mati itu dibelakang kami dan kubur itu dihadapan kami.Di atas neraka jahanam jalanan kami.Dan di hadapan Allah swt tempat perhentian kami."

Begitulah keadaan hati para nabi,wali dan orang-orang soleh.Hati mereka sentiasa digenangi rasa takut dan bimbang dengan dosa.Takut yang teramat dengan azab dan seksaan Allah swt.Apatah lagi kita yang belum ada jaminan apa-apa dari-Nya.Pernahkah kita merasa aman dan kosongnya jiwa walaupun beribadah seharian.Carilah dan perbaikilah apa kelemahan yang ada pada ibadah kita.Kerana golongan yang merasa aman ni tentulah keras hatinya.Kurang sensitif dengan dosa dan seolah yakin akan terselamat dari seksaan Allah swt.

Kita merasakan selamat dengan ibadah yang dilakukan tiap hari.Inilah yang dikatakan sebagai yang tertipu dengan Ibadah.Walaupun telah dapat melakukan kebaikan,belum tentu Allah swt terima.Sebab itu kite kena selalu berwaspada dan bimbang kalau-kalau Allah swt tidak terima amalan tersebut dan tidak bernilai apa-apa disisiNya.Tapi kebimbangan itu janganlah sampai melahirkan putus asa terhadap ampunan Allah swt,tetapi biarlah untuk meneguhkan cinta pertama kita dengan sebaiknya.Sesungguhnya orang-orang yang cinta akan Allah takut amalannya tidak diterima Maha Pencinta begitu juga dengan orang-orang yang takut akan Allah bimbang andai amalannya tidak dicintai Allah.

Tanamkanlah rasa pengharapan yang tinggi agar Allah swt menerima segala amal kebaikan kita.Apabila mengingatkan tentang dosa-dosa yang lepas,bertaubat bersungguh-sungguh agar tidak mengulangi dosa yang telah dibuat.Sememangnya bukan mudah untuk melakukan sedemikian.

Tetapi jika ini diinterpretasikan dari segi cinta kepada kekasih kita..Kita risau andai cinta kita tidak diterima oleh si dia.Apa lagi banyak la perkara-perkara yang kita sanggup korbankan dan kita lakukan demi mendapatkan cintanya.Dan kita sentiasa mengharapkan dia akan menerimanya kerana kita lakukan dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas hanya untuk meraih perhatian darinya.Pengharapan yang tinggi sebeginilah yang patut ada pada seorang hamba dalam menjalankan kewajipannya kepada Allah swt.Jiwa yang tenang itu lahir dari Hati yang sentiasa mengingati Allah swt.Hati yang mengingati Allah swt itu sentiasa mengingati mati dan nasibnya di akhirat kelak.
Wallahu wa'lam.

The Dominion