Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Mak Cik Ini

Pada suatu pagi yang hening di satu hujung minggu selepas solah subuh, seperti biasa saya bersama-sama isteri beriadhah dengan membuat ”morning walk” di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Agak susah juga isteri saya ni nak ikut, maklumlah kami masih ada anak kecil yang perlukan perhatian. Namun selepas beberapa ”pesuasion” barulah beliau nak ikut saya beriadhah.

Ketika kami melalui sebuah tempat di deretan beberapa buah kedai tiba-tiba saya terpandang seorang perempuan tua yang sedang berjalan seorang diri. Di tangannya terdapat sebatang kayu seperti sebuah tongkat tetapi tidak di gunakan. Badannya agak bongkok tetapi masih ”slim”. Tidak nampak padanya tanda-tanda kesakitan atau kepenatan.Saya berkata kepada isteri saya ”Eh, kuat juga mak cik ni berjalan”, isteri saya menjawab ”Yaa...lah”.

Entah kenapa tiba-tiba saya merapati beliau lalu memberi salam kepadanya, ”Assalamualaikum, mak cik”. Beliau tidak menjawab tetapi sebaliknya merenung muka saya, mungkin terkejut agaknya. Saya ras…

Belajarlah Menyalahkan Diri Sendiri

Berkata al-Muzanni: Apabila engkau melihat wujud kekeringan cinta dalam diri sahabatmu terhadapmu, demikian itu kerana dosa yang engkau lakukan, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah.

Itulah adab ukhuwwah, apabila berlaku kekeringan dalam hubungan setelah ia diikat atas ikatan akidah dan perjuang, ketahuilah, kesalahan pertama adalah pada diri anda sebelum sahabat anda.

Mukmin yang terbaik ialah yang sering memuhasabah dirinya sebelum orang lain. Menyalahkan dirinya sebebelum menyalahkan orang lain.

Al-Quran juga mengajar Muslim supaya menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain atas musibah yang menimpa dirinya. Bukan salah takdir tetapi kecuaian diri yang menyebabkan semua itu berlaku.

Firman Allah SWT: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”

Menuding jari ke arah diri sendiri membuka ruang yang merdeka untuk memuhasabah diri. Muhasaba…

Tanda kiamat sudah hampir...

Assalamualaikum...........

Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN !GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA KEDUNIAAN..................
PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT..................
DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

Wassalam...

Hubungan baik sesama manusia...

Hubungan Baik antara Sesama Manusia

Di samping perhubungan manusia dengan Allah, Islam menitikberatkan juga perhubungan antara manusia dengan manusia. Allah s.w.t berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112).

Apabila disebut, perhubungan baik dengan manusia, maka skop perhungan itu bukan di kalangan manusia semata, tetapi meliputi alam_makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa_yang ternyata merupakan komponan atau mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan manusia.

Sudah menjadi kenyataan, apabila tidak ada perhubungan baik antara manusia dengan alam, misalnya sekelompok manusia melakukan kerosakan di mana-mana di atas muka bumi ini, maka berlakukah gejala alam yang bukan saja mejejaskan kehidupan kelompok manusia itu sendiri malah kelompok-kelompok manusia yang lain.

Pemeliharaan alam ini jelas men…

Hubungan baik sesama manusia..

Hubungan Baik antara Sesama Manusia

Di samping perhubungan manusia dengan Allah, Islam menitikberatkan juga perhubungan antara manusia dengan manusia. Allah s.w.t berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112).

Apabila disebut, perhubungan baik dengan manusia, maka skop perhungan itu bukan di kalangan manusia semata, tetapi meliputi alam_makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa_yang ternyata merupakan komponan atau mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan manusia.

Sudah menjadi kenyataan, apabila tidak ada perhubungan baik antara manusia dengan alam, misalnya sekelompok manusia melakukan kerosakan di mana-mana di atas muka bumi ini, maka berlakukah gejala alam yang bukan saja mejejaskan kehidupan kelompok manusia itu sendiri malah kelompok-kelompok manusia yang lain.

Pemeliharaan alam ini jelas men…

hubungan baik sesama manusia

Hubungan Baik antara Sesama Manusia

Di samping perhubungan manusia dengan Allah, Islam menitikberatkan juga perhubungan antara manusia dengan manusia. Allah s.w.t berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112).

Apabila disebut, perhubungan baik dengan manusia, maka skop perhungan itu bukan di kalangan manusia semata, tetapi meliputi alam_makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa_yang ternyata merupakan komponan atau mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan manusia.

Sudah menjadi kenyataan, apabila tidak ada perhubungan baik antara manusia dengan alam, misalnya sekelompok manusia melakukan kerosakan di mana-mana di atas muka bumi ini, maka berlakukah gejala alam yang bukan saja mejejaskan kehidupan kelompok manusia itu sendiri malah kelompok-kelompok manusia yang lain.

Pemeliharaan alam ini jelas men…

Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam A.S

1 Taubatku hanya diterima di kota Mekah, *Sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.*


2 Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang.

*Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.*


3 Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku.

*Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.*


4 Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,

*Tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.*

TAKUTKAN TUHAN...

Takut kepada Tuhan adalah salah satu sifat taqwa. Takut kepada Tuhan itu berbentuk rasa. Tak sama rasa takut kepada Tuhan dengan rasa takut kepada makhluk. Buktinya, orang yang takut kepada makhluk akan menjauhkan dirinya daripada makhluk itu. Tetapi orang yang takut kepada Tuhan, akan berusaha mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

Untuk takut kepada Tuhan memerlukan ilmu. Ilmu yang bukan sekadar bertapak di akal, tetapi dari akal turun ke hati hingga mendatangkan rasa. Ilmu yang dimaksudkan itu ialah ilmu mengenal Tuhan. Ilmu itu membolehkan seseorang mengenali Tuhannya; zat, sifat dan perbuatan Tuhan. Bila sudah kenal, maka cinta kepada Tuhan pun berbunga dan berbuah. Daripada cinta tersebut, timbul rasa takut kepada Tuhan. Memang dasar orang bercinta, takut cinta tidak berbalas, takut cinta terputus di tengah jalan, takut jika yang dicintai tidak mencintai. Ilmu itu membuatkan dia faham peranan Tuhan pada dirinya, apa sahaja nikmat dan ujian diterimanya dengan rasa takut kepada Tuhan. I…

Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan..

Menggunakan Nikmat Di Jalan Tuhan

Marilah kita fahami secara umum maksud menggunakan nikmat di jalan Tuhan.

Pertama, cara mendapatkan nikmat itu mesti betul-betul menepati syariat. Nikmat itu didapati dengan cara yang halal dan bukan cara yang haram. Nikmat itu bukan didapati dengan cara mencuri, merampas atau menipu. Nikmat itu didapati dengan cara yang baik dan berhikmah. Nikmat itu didapati atas dasar ada keredhaan daripada orang yang memberinya. Kalau nikmat harta, didapati dengan jalan jual beli yang sah. Kalau nikmat ilmu, didapati dengan cara belajar dengan guru. Bagi orang muqarabin atau warak, mereka sangat berhati-hati dalam mengambil nikmat ini. Malah yang halal kalau tidak jelas halalnya, mereka tidak ambil. Mereka ini orang sangat takut dengan Tuhan sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: “Tidaklah dinamakan taqwa itu sehingga seseorang itu meninggalkan sesuatu yang tidak salah kerana takut terjebak kepada hal-hal yang salah.”

Kedua, sudah mendapat nikmat, hendaklah di…

Yang Dimaksudkan Cinta Tuhan....

Yang Dimaksudkan Cinta Tuhan

Kita membaca tentang sepotong ayat, Allah berfirman, maksudnya begini: Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, jika mereka iaitu umatmu benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikuti dan mencontohi dirimu, Rasulullah.

Apa sebenarnya yang boleh difahami daripada ayat tersebut? Jika hamba Tuhan itu benar-benar cinta Tuhan, maka Allah minta buktikan kepada Rasulullah, kekasihNya. Allah minta kita berhubung dengan Rasulullah. Iaitu dengan mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah itu ialah perjalanan hidup Rasulullah. Perjalanan hidup Rasulullah itu pula ada lahiriah, ada maknawiyah dan ada rohaniahnya. Kalau betul kita ikut jalan tersebut, maka memang benarlah terbukti yang kita sudah mencintai Tuhan.

Boleh juga dimaksudkan seperti ini. Hendak cinta Tuhan, kita tak mampu. Kita tak kenal Tuhan; zat, sifat dan perbuatanNya. Justeru, mencintai orang Tuhan seperti Rasulullah membawa kita sampai kepada Tuhan. Mencintai Rasulullah itu adalah jalan atau jambata…

Kisah roh meninggalkan jasad,,

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda s.a.w.terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku cerita…

Orang Mukmin

Sebagai hamba Allah, dalam kehidupan di dunia manusia tidak akan luput dari berbagai cobaan, baik kesusahan maupun kesenangan, sebagai sunnatullah yang berlaku bagi setiap insan, yang beriman maupun kafir. Allah Ta’ala berfirman,

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Qs Al Anbiya’: 35)


Ibnu Katsir –semoga Allah Ta’ala merahmatinya– berkata, “Makna ayat ini yaitu: Kami menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang ingkar, serta siapa yang bersabar dan siapa yang beputus asa.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/342, Cet Daru Thayyibah)

Kebahagiaan hidup dengan bertakwa kepada Allah

Allah Ta’ala dengan ilmu-Nya yang Maha Tinggi dan Hikmah-Nya yang Maha Sempurna menurunkan syariat-Nya kepada manusia untuk kebaikan dan kemaslahatan hidup merek…

Doa

WANITA IDAMANKU.

Solat dimana saja.

KELEBIHAN AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli r…

Masjid Semakin Jauh dari Remaja

Daripada Saidina Ali RA, Aku mendengar Baginda Nabi SAW Bersabda: Barangsiapa mendengar azan tetapi tidak mengerjakannya ( solat ) di tempat azan di azankan, maka tiada sembahyang (La- solah ) baginya hari itu kecuali atas sesuatu keuzuran ( min uzrin ) - Auka makorasulullah SAW/b>

Berdasarkan hadis di atas, bagaimana cara yang terhikmah nak mengajak anak-anak muda kita ke masjid surau ( demi melawan arus yang semakin menghanyutkan mereka ( BUKAN SEMUA.... Ulang BUKAN SEMUA )

Saya rasa, menjadi tanggungjawab kita juga untuk mengempen ( dakwah ) mereka yang jauh ini ( BUKAN SEMUA ) mengenal tanggungjawab yang berat ini. Bukan berkempen untuk habuan keduniaan semata-mata sebab yang itu hanyalah sementara ( SEMUA ORANG TAHU )

Ada bahasan? Dipersilakan.
Terima Kasih

Islam Hanya Tinggal Nama

MAFHUMNYA:
Daripada Hazrat Saidina Ali Karramallahiwajhah, Telah bersabda Rasulullah SAW: SUDAH HAMPIR SAMPAI SATU MASA DIMANA TIDAK AKAN TINGGAL LAGI DARIPADA ISLAM ITU KECUALI HANYA NAMANYA DAN TIDAK TINGGAL LAGI DARIPADA AL QURAN ITU KECUALI HANYA TULISANNYA.( TIDAK ADA ORANG MEMBCANYA ) MASJID-MASJID MEREKA TERSERGAM INDAH TETAPI KOSONG DARIPADA HIDAYAH ( TIADA ORANG MEMAKMURKANNYA ). ULAMA-ULAMA MEREKA ADALAH SEJAHAT-JAHAT MAKHLUK YANG ADA DI BAWAH NAUNGAN LANGIT. DARI MEREKA BERPUNCA FITNAH DAN KEPADA MEREKA FITNAH ITU AKAN KEMBALI - Rowahu al- Baihaqi

REF : Kitab Peristiwa akhir zaman : Abu Ali Banjri Nadwi, hal. 80

Wallahu taala alam.

PERKAHWINAN SIVIL

Perkahwinan sivil adalah perkahwinan mengikut undang-undang negara. Perkahwinan sedemikian tidak diakui oleh Islam. Hukumnya batil dan haram. Segala perhubungan antara kedua-dua lelaki dan perempuan adalah zina, anak-anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan ini adalah anak zina. Jika seseorang itu mengetahui hukum perkahwinan sivil ini dan masih mahu meneruskan rancangannya untuk berkahwin secara sivil dengan anggapan bahawa perkahwinannya itu adalah halal, atau seseorang itu mengatakan perkahwinan itu halal, maka dengan demikian ia terkeluar dari Islam. Ini ialah kerana sesiapa yang menghalalkan yang haram adalah terkeluar dari Islam.

Jika seseorang itu berkahwin secara sivil dan tetap menganggap perkahwinan itu haram sesungguhnya ia berdosa besar kerana mengerjakan perbuatan zina tetapi ia tidaklah dianggap terkeluar dari agama Islam. Menurut pandangan ahli sunnah wal jamaah, yang melakukan dosa besar belum lagi menjadi kafir, ia dihukumkan sebagai fasik kerana melakukan dosa besa…

Yang...abang nak kahwin lagi satu..boleh tak?

''Yang, abang hendak kahwin lagi satu, boleh tak?" Cuba anda bayangkan apa akan berlaku, jika kata-kata ini dilafazkan oleh seorang suami kepada isterinya. Penulis percaya 'alamatnya' berlakulah 'perang dunia ketiga belas.'

Namun begitu, salah seorang teman penulis pernah menceritakan bagaimana dia mengendalikan keadaan selepas membuat keputusan berkahwin lagi satu.

''Kau jangan risau, paling lama pun sebulan bini kau tak bercakap dengan kau, lepas tu oklah,'' katanya berhujah.

Apa pun kita harus akui bahawa sebahagian besar wanita di dunia ini tidak rela dimadu, mereka akan menganggap wanita yang ingin berkahwin dengan suami mereka sebagai perampas suami orang. Poligami yang dibenarkan oleh Allah seolah-olah dilihat sebagai ancaman kepada kesejahteraan rumahtangga mereka. Mungkin bagi sesetengah wanita, mereka bukannya tidak rela tetapi mereka tahu setakat mana kemampuan suami mereka.

Kalau setiap hujung bulan, baki dalam akaun bank tidak samp…

Rahsia Perempuan

Yang Perempuan suka :
+ lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym
+ pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
+ bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
+ ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
+ ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
+ pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
+ pandai buat lawak expecially dpn pompuan
+ pandai programming – bleh buat website lawa²
+ walaupon rock tapi alim² sket – boleh lead solat jemaah
+ berambut pendek dan kemas
+ tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
+wangi – pandai pilih perfume
+ hadiahkan bunga – even sekuntum rose je
+ selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
+ ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best²
+ pandai amik ati mak and abah awek
+ sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam
+ bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
+ bila cakap dalam phone, let women do the talking – lepas tu kasi…

ZIKIR DAN FIKIR

Biasanya perkataan ZIKIR lebih dominan dengan golongan agama, manakala perkataan FIKIR pula ditujukan kepada mereka yang berfikir ataupun dikenali sebagai intelektual. Perlabelan ini menjadi semakin jelas ketika zaman pertengahan Eropah wujud. Pertembungan dua gelombang antara golongan beragama dan golongan berfikir semakin meninggi, semuanya bermula dengan keenganan Gereja menerima dan mengiktiraf pandangan-pandangan Sainstis ketika itu. Semasa zaman pertengahan Eropah yang dikenali dengan zaman Englightenment (pertengahan abad ke-17), masyarakat yang berfikir sentiasa dimusuhi oleh masyarakat yang berzikir.


Peristiwa pertembungan antara golongan Gereja dan ahli Sains ketika itu, mencipta ruang yang sangat besar antara Zikir dan Fikir. Kemuncaknya apabila Galileo dihukum sebagai pembuat bidaah dan berbahaya oleh Pihak Gereja, kerana teori yang dikemukan oleh Galileo bahawa Matahari adalah pusat cakerawala bukannya Bumi.

Manakala golongan Fikir pula menjadi elergik terhadap golongan Zik…

Rukun Islam

Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:

Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam.

Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku?

Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan.

Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat.

Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku?

Baginda menjawab dengan bers…

Chicken Wings

Chicken Wings - Its Dangerous

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the. The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits. You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food.

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. Therefore, it is in these places that the hi…

Sebenarnya kita macam ni ke?

90% Kebanyakkan diantara,

KITA SEBENARNYA........... lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharam

KITA SEBENARNYA...........lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiul Awal

KITA SEBENARNYA...........lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad dari hari Jumaat

KITA SEBENARNYA........... lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar azan

KITA SEBENARNYA...........lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

KITA SEBENARNYA.......... lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nabi-nabi Allah

KITA SEBENARNYA........... lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum

KITA SEBENARNYA...........lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid

KITA SEBENARNYA..........lebih suka memuji manusia daripada tuhan kita sendiri

KITA SEBENARNYA.........lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

KITA SEBENARNYA.........lebih suka konsert, kaaoke daripada ceramah agama

KITA SEBENARNYA..........lebih suka mengumpat dan bercakap hal orang lain daripada bercakap tentang …

Bagaimana dengan Saf Solat kita?

Bismillah ....

أَقِيْمُوْا صُفُوفَكم وَتَرَاصُّوا فَإِنِّيْ أرَاكُم مِن وَرَاءِ ظَهْرِيْ


"Dirikanlah saf-saf kamu & rapatkan tumit-tumit di antara kamu. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku"
[1] [Hadis riwayat Bukhari (2/174) & Muslim (434), juga disebut di dalam Riyadus Soliheen (2/1088)., perintah nabi SAW pada setiap kali waktu solat kepada para makmum yg berada di belakangnya. ]


"Allahu akbar", dengan penuh rasa kehinaan, rendah diri, takut & harap kepada Allah SWT… nabi SAW bertakbir memulakan solatnya sebagai imam di hadapan sekalian para sahabat RA.


Dalam keadaan saf yg rapat, bahu membahu, tumit bertumit .. semuanya khusu' menghadapkan wajah masing-masing di hadapan Allah Rabbul Jalil sambil mendengar nasihat, teguran, berita & kisah yang dibacakan oleh nabi SAW di dalam alQuran. Bergetar hati-hati mereka tatkala mendengar ayat al-Quran dibacakan kepada mereka …



Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf?


… Kerana merapa…